fbpx

Ribut petir, hujan lebat hampir seluruh negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hampir seluruh negeri akan dilanda hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang sehingga pukul 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya keadaan cuaca itu melibatkan keseluruhan kawasan di negeri-negeri terbabit.

Katanya, di Kedah pula, ia membabitkan kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Bagi negeri Kelantan amaran sama turut dikeluarkan untuk daerah Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, manakala di Terengganu ia membabitkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun serta Kemaman.

“Di Pahang pula ia melibatkan daerah Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, sementara di Selangor ia membabitkan kawasan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat serta Sepang,” ujarnya.

MetMalaysia menambah, bagi Negeri Sembilan pula, keadaan sama dijangka berlaku di sekitar Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin, manakala di Melaka pula ia melibatkan Alor Gajah serta Jasin.

Sementara itu, bagi negeri Johor ia membabitkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar dan Mersing.

“Beralih ke negeri Sarawak, keadaan cuaca sama dijangka berlaku sekitar kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu dan Miri (Subis).

“Untuk Sabah pula, ia melibatkan kawasan Pedalaman (Beaufort) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” jelas MetMalaysia. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI