fbpx

2 patah kaki, lif jatuh dari tingkat lapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mangsa yang mengalami kecederaan patah di bahagian kaki dalam kejadian lif jatuh di kondominium Crescent Court, Brickfields, di sini semalam.

KUALA LUMPUR – Dua daripada lapan penduduk yang tersangkut di dalam lif mengalami patah kaki selepas lif yang dinaiki mereka jatuh lalu terhempas di tingkat bawah tanah dalam kejadian di Kondominium Crescent Court, Brickfields, di sini semalam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK I) Rozman Abd Rashid berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.52 malam tadi.

Katanya,seramai 11 anggota daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Hang Tuah digegaskan ke lokasi kejadian selepas panggilan tersebut.

“Setibanya jentera bomba di lokasi kejadian pukul 10.12 malam, menurut mangsa yang terlibat, lif tersebut jatuh dari tingkat lapan sehingga ke tingkat bawah tanah (GF).

“Mangsa seramai enam orang iaitu tiga wanita, dua lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Rozman, ekoran kejadian itu, terdapat seorang wanita dan seorang lelaki dewasa mengalami kecederaan patah di bahagian kaki.

Sehubungan itu, operasi telah tamat sepenuhnya pada pukul 11.35 malam manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

“Semua mangsa yang terlibat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh pihak ambulans untuk rawatan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI