fbpx

Mahkamah: Kes bicara SM Faisal ditangguh ke 31 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SM Faisal ketika hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin, yang didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas bekas isterinya, Emilia Hanafi di Mahkamah Majistret di sini ditangguhkan ke 31 Oktober ini.

Majistret Nadia Othman menetapkan tarikh itu, selepas pihak pembelaan memaklumkan kepada mahkamah pihaknya masih belum mendapat pernyataan saksi baharu.

Pada masa sama, pihak pendakwaan juga turut memaklumkan anak pasangan itu yang berusia 16 tahun tidak dapat hadir ke mahkamah kerana menduduki peperiksaan.

Semasa prosiding, peguam SM Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader, memohon perbicaraan ditangguhkan kerana tidak menerima salinan pernyataan saksi baharu yang juga adik kandung Emilia yang merupakan saksi pendakwaan keenam.

“Kami ingin menjimatkan masa mahkamah kerana perbicaraan hanya pada sebelah pagi. Sebab itu, kami perlukan salinan pernyataan saksi kerana jika keterangan secara lisan hari ini tidak sempat,” katanya.

Sementara Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin, berkata anak pasangan itu berusia 16 tahun sepatutnya hadir untuk memberi keterangan hari ini, namun tidak dapat hadir kerana saksi pendakwaan pertama itu perlu menduduki peperiksaan di sebuah sekolah antarabangsa.

Mengikut pertuduhan, SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields, antara pukul 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang, pada 22 November 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI