fbpx

KPDNHEP serbu syarikat pengeluar gula, rampasan RM98,496

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI Penguatkuasa KPDNHEP Negeri Sembilan menyerbu sebuah gudang syarikat pengeluar gula di Sendayan Tech Valley, Bandar Sri Sendayan. FOTO : IHSAN KPDNHEP NS.

SEREMBAN – Sebuah syarikat pengeluar gula diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan di sebuah gudang di Sendayan Tech Valley, Bandar Sri Sendayan di sini dengan rampasan dianggarkan berjumlah RM98,496.

Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, dalam serbuan pada pukul 11 pagi semalam, syarikat tersebut didapati masih belum memperoleh kelulusan bagi permohonan baharu Lesen Borong Barang Kawalan Berjadual.

“Namun begitu, semasa pemeriksaan dijalankan telah menemui sebanyak 34,560 kilogram gula dalam kemasan peket satu kilogram berada dalam milikan di premis berkenaan.

“Sehubungan itu, syarikat terbabit disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu berurusan secara borong atau runcit barang berjadual tanpa lesen yang dikeluarkan oleh pengawal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Zahir berkata, kesemua gula dan dokumen-dokumen yang berkaitan pembekalan telah disita bagi tujuan siasatan lanjut dengan nilai rampasan hasil daripada serbuan itu dianggarkan berjumlah RM98,496.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI