fbpx

Juara bertahan layak ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERAK mara ke separuh akhir selepas menewaskan ATM 5-2 di Stadium Hoki Nasional hari ini. - MHC

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Perak akhirnya berjaya mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala Tun Abdul Razak sebagai juara Kumpulan A.

Kejayaan itu hadir menerusi kemenangan 5-2 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Perak bermula garang dengan dua gol pantas seawal minit pertama dan ketujuh menerusi Muhammad Hafizal Halmi serta Danial Aiza Ahmad Zubir.

Tidak lama kemudian, skuad bimbingan S. Jagatheesan itu menambah dua lagi gol padang melalui penyerangnya, Azril Misron pada minit ke-15 dan 17.

ATM cuba bangkit dengan menjaringkan dua gol menjadikan kedudukan 4-2 melalui Muhammad Irfan Haiqal Abdul Rahim dan Mohamad Sufian Marsom pada minit ke-39 serta 52.

Bagaimanapun, ia sudah terlambat untuk menghalang Perak yang memastikan kemenangan selesa dengan gol kelima menerusi kapten, Syed Syafiq Syed Cholan empat minit sebelum tamat perlawanan.

Selain Perak, Johor selaku naib juara Kumpulan A turut mara ke separuh akhir untuk menentang dua pasukan teratas Kumpulan B iaitu Pahang dan Melaka.

Saingan separuh akhir akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional esok, manakala final dan penentuan tempat ketiga dan keempat dijadualkan di venue sama pada Ahad ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI