fbpx

Saya pilih pendakwarayaan terpilih, berbanding khianati UMNO -Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahid Hamidi.

PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa beliau terpaksa menghadapi pendakwarayaan terpilih selepas dikatakan ingkar ‘arahan’ Perdana Menteri Ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penyandang Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH), antara langkah Tun Mahathir ialah cuba membubarkan UMNO agar semua ahli akan beralih pindah ke parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, tujuan parti Bersatu ditubuhkan adalah untuk menggantikan parti UMNO dan setiap kempen Mahathir, seringkali menyatakan UMNO tidak lagi relevan.

“Pelbagai tohmahan terhadap pemimpin dan parti UMNO bertujuan untuk menghasut agar ahli UMNO sendiri membenci parti berteraskan Melayu yang telah banyak berjasa kepada masyarakat dan negara.

“Berderau darah saya mendengar kata-kata tersebut. Maka, apabila saya diminta agar melompat parti, meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu dengan tegas saya tolak permintaan Mahathir untuk bubarkan UMNO,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Bagaimanapun kata Ahmad Zahid, beliau sesekali tidak akan mengkhianati parti walaupun ketika itu UMNO sedang tewas, ramai wakil rakyat UMNO yang lompat parti, menjauhkan diri dan menganggap UMNO tidak akan mampu kembali menjadi kerajaan.

“Tidak lama selepas saya tidak bersetuju UMNO dibubarkan, saya terpaksa membayar harga yang tinggi dengan pendakwarayaan terpilih dikenakan 87 tuduhan rasuah.

“Saya tidak pernah berganjak seinci pun mempertahankan UMNO dan kalaulah saya akur untuk membubar UMNO dan melompat parti saya tidak akan dikenakan apa-apa. Bebas daripada pendakwaan terpilih,” ujarnya.

Tambah Ahmad Zahid, terdapat beberapa Ahli Parlimen yang melompat parti dan meninggalkan UMNO/BN untuk menyertai Bersatu kerana takut akan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Insya-Allah, saya tetap berdiri tegak mempertahankan parti UMNO tanpa gentar pendakwaaan terpilih ini.

“Manusia boleh merancang tetapi perancangan Allah adalah sebaik-baiknya. Marilah kita berdoa kepada Allah subhanahu Wa Ta’ala agar kita berjaya lawan kezaliman dan penganiayaan musuh politik yang cuba memusnahkan UMNO, ” tegasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI