fbpx

Graduan ditahan edar, proses dadah ‘mushroom’ RM1.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yahaya menunjukkan dadah jenis 'mushroom' pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Dua graduan universiti ditahan dalam serbuan melibatkan rampasan dadah jenis ‘mushroom’ bernilai RM1.4 juta di sebuah kondominium di Jalan Seri Wangsa, Wangsa Maju, Selasa lalu.

Lelaki berusia 30 tahun itu merupakan graduan ijazah sarjana muda sains komputer, manakala suspek wanita berusia 29 tahun berkelulusan diploma pengurusan hotel ditahan menerusi Ops Grace bermula pukul 6.50 petang hingga 7.10 malam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, serbuan pertama dilakukan di hadapan lobi kondominium tersebut seterusnya menahan kedua-dua suspek itu sekali gus merampas dadah jenis ‘mushroom’ seberat 1 kilogram (kg).

“Susulan serbuan pertama, Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (JSJNIPKKL) menyerbu sebuah unit kondominium yang sama dan membawa kepada penemuan makmal memproses dadah jenis.

“Antara yang dirampas ialah dadah jenis ‘mushroom’ kira-kira 58 kg, dadah jenis ganja 17.7 gram (g), 23 botol cecair vape mengandungi dadah, 2.9 kg serbuk untuk memproses dadah serta pelbagai peralatan dan mesin untuk memproses dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati sindiket penjualan dadah jenis ‘mushroom’ itu mula aktif sejak tiga bulan yang lepas, manakala dadah tersebut diperoleh melalui ‘darkweb’ dan dihantar dari negara luar melalui utara tanah air.

“Sindiket penjualan ‘mushroom’ ini memfokuskan pelanggan dari Lembah Klang, manakala akan menggunakan perkhidmatan kurier jika melibatkan penghantaran jarak jauh. Anggaran sebatang rokok ‘mushroom’ bernilai RM100 hingga RM150,” katanya.

Sementara itu dalam kes berasingan, beliau berkata, lima suspek ditahan menerusi Ops Paloma di kondominium Taman Desa, Selasa lalu sekali gus merampas dadah jenis syabu kira-kira 35 kg bernilai RM1.3 juta.

“Serbuan pertama di hadapan pos pengawal premis tersebut berjaya menahan dua lelaki tempatan berumur 30 dan 35 tahun dengan rampasan dadah jenis syabu seberat 1 kg.

“Lanjutan serbuan pertama membawa kepada serbuan kedua ke atas unit premis tersebut dan menangkap dua lelaki tempatan dan satu wanita warga asing,” katanya.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan semua suspek direman selama tujuh hari sehingga 18 Oktober bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI