fbpx

Penjenayah solo samun kedai serbaneka diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yahaya (dua kanan) menunjukkan barang rampasan ketika sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan kerana melakukan samun di sebuah kedai serbaneka dekat Batu 3 Cheras, di sini pada 6 Disember lalu sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM3,832.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, bertindak atas maklumat, suspek yang berusia 55 tahun itu diberkas di kawasan perumahan dekat Taman Bukit Segar, Cheras dekat sini pada pukul 5.45 petang, Isnin lalu.

“Polis turut merampas sebuah beg pinggang, sehelai baju dan jaket, 20 kotak rokok pelbagai jenama, dua buah topi keledar, sebuah telefon bimbit, sepasang kasut dan sebilah pisau.

“Selain itu, kita turut merampas sebuah motosikal jenis Modenas Kriss MR1 yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian samun,” ujarnya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Jelas beliau, melalui penahanan suspek, polis berjaya menyelesaikan tiga kes samun kedai serbaneka di kawasan berkenaan.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan syabu.

“Semakan awal mendapati suspek turut memiliki beberapa rekod jenayah lampau berkaitan samun dan dadah,” ujarnya.

Katanya, suspek direman selama tujuh hari bermula Selasa lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. – K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI