fbpx

Red Bull langgar had perbelanjaan F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RED BULL dan Aston Martin yang bersaing pada perlumbaan berprestij dunia didapati mengeluarkan dana lebih daripada AS$145 juta (RM672.2 juta) musim lepas. – AFP

LONDON – Persekutuan Automotif Antarabangsa (FIA) mengesahkan pasukan Red Bull didapati bersalah selepas melanggar had perbelanjaan semusim yang ditetapkan pada kempen Formula Satu (F1) tahun lalu.

Berdasarkan laporan antarabangsa yang didedahkan, dua pasukan F1 iaitu Red Bull and Aston Martin didapati mengeluarkan dana lebih daripada AS$145 juta (RM672.2 juta) musim lepas.

Selepas audit dibuat, FIA mengakui kedua-dua pasukan terbabit mengeluarkan dana lebih daripada bajet siling yang ditetapkan tetapi dengan nilai yang kecil kerana kesalahan tersebut tidak melebihi lima pera­tus atau £5.7 juta (RM29.4 juta)

Menurut kenyataan yang dikeluarkan FIA, penyiasatan penuh masih lagi dibuat dan hukuman hanya diumum selepas segala proses selesai memandang­kan pasukan terbabit masih dibenarkan membuat rayuan.

“Berdasarkan peraturan yang dibuat tahun lalu, pasukan Red Bull dan Aston Martin telah didapati berbelanja lebih daripada had siling yang ditetapkan. Pihak jawatankuasa masih lagi menilai hukuman yang akan ditentukan dalam masa terdekat,” kata kenya­taan tersebut.

Sementara itu, Red Bull dalam satu kenyataan mengakui agak terkilan dengan keputusan FIA selain mendakwa perbelanjaan pasukan sepanjang kempen musim lepas masih lagi di bawah kuota yang ditetapkan.

“Kami akan meneliti semula keputusan audit yang diberikan oleh FIA kerana kami percaya mungkin ada kesilapan yang berlaku memandangkan perbelanjaan pasukan tidak lebih daripada dana yang dihadkan,” katanya.

Difahamkan, situasi yang me­landa Red Bull tidak menjejaskan status pelumba utama pasukan, Max Verstappen yang bergelar juara dunia buat kali pertama pada tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI