fbpx

[KEMASKINI] Mayat reput: Punca kematian akibat dicekik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIASATAN di lokasi kemalangan jalan raya membawa penemuan mayat hampir reput di persimpangan lampu isyarat Jalan Tambun, Ipoh hari ini.

IPOH – Hasil bedah siasat ke atas mayat wanita yang ditemukan reput di kawasan semak berhampiran lampu isyarat Jalan Besar Tambun dekat sini pagi tadi mendapati kematian akibat dicekik.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, keputusan itu diperolehi selepas bedah siasat selesai dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada pukul 7 petang.

“Mangsa dipercayai wanita berbangsa India berusia 23 tahun di mana terdapat lambang tatu di lengan dan jarinya. Pemeriksaan di lokasi kejadian turut menjumpai telefon bimbit yang disahkan milik mangsa,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurutnya, kes itu yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut ditukar kepada bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Chua Sze Yuan di talian 012-6195312,” katanya.

Terdahulu Mohd. Yusri berkata, mayat hampir reput itu ditemui anggota polis yang sedang menjalankan siasatan kes kemalangan kira-kira dua meter dari lokasi kejadian.

Katanya, laporan kemalangan jalan raya itu diterima pada pukul 5.25 pagi melibatkan sebuah kenderaan terbabas ke kiri jalan.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback namun pemandu lelaki tempatan itu berjaya diselamatkan tanpa mengalami kecederaan.

“Semasa polis menjalankan siasatan kemalangan telah mene­mui mayat reput di dalam kawasan semak berjarak kira-kira dua meter dari lokasi terbabas.

“Mayat disyaki wanita itu ditemui dengan berpakaian lengkap serta tiada kesan kecederaan ketara pada tubuhnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI