fbpx

Emma Raducanu sandaran penting skuad Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADUCANU disenaraikan dalam skuad untuk mengharungi kejohanan Piala Billie Jean King di Glasgow bulan depan. – AFP

LONDON – Bekas juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Emma Raducanu masih lagi menjadi sandaran pasukan Britain apabila disenaraikan dalam skuad untuk mengharungi kejohanan Piala Billie Jean King di Glasgow bulan depan.

Sebagai rekod, Raducanu masih lagi dibelenggu kece­deraan tangan ketika ini apabila terpaksa menarik diri daripada kejohanan Siri Jelajah WTA di Terbuka Romania minggu ini.

Namun, Raducanu yang menduduki ranking ke-68 tetap disena­raikan oleh pasukan bersama-sama tiga lagi pemain wa­nita Britain, Harriet Dart, Heather Watson dan Katie Boulter pada kejohanan yang akan bermula 8 November depan.

Kapten skuad Britain, Anne Keothavong optimis pemain berusia 20 tahun itu akan cergas sepenuhnya, sekali gus menjadi watak penting dalam pasukan dalam usaha melangkah jauh pada saingan berprestij itu nanti.

“Saya telah berhubung dengan Raducanu sebelum mengeluarkan senarai rasmi dan dia cukup teruja untuk mewakili Britain pada Piala Billie Jean King nanti.

“Buat masa ini dia sedang menjalani proses pemulihan dan saya berpendapat tempoh kurang daripada sebulan ini sempat buatnya memandangkan kecederaan yang dialami tidak begitu serius.” kata Keothavong

Britain yang tampil buat kali pertama dalam kejohanan elit itu sejak 1993 telah diundi bersama Sepanyol dan Kazakhstan untuk aksi peringkat kumpulan dengan juara akan mara ke pusingan separuh akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI