fbpx

UMNO syor PRU-15 diadakan sebelum pertengahan November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad pada sidang akhbar di Menara Dato Onn di sini hari ini. - AMIR KHALID.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menggesa agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan selewat-lewatnya pertengahan November iaitu sebelum menjelangnya musim banjir.

Bagaimanapun kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, UMNO menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh PRU-15.

Jelas beliau, UMNO menghormati titah Yang Di Pertuan Agong, bahkan berpendirian serupa bahawa negara tidak boleh dibiarkan berterusan berada dalam keadaan politik yang tidak menentu.

Malah katanya, mandat perlu dikembalikan kepada rakyat untuk mereka memilih sebuah kerajaan yang dapat menjamin kestabilan serta kemakmuran negara.

“UMNO berpendirian pembubaran Parlimen adalah merupakan jalan terbaik memandangkan wakil parti-parti yang membentuk kerajaan campuran sebelum ini makin jelas tidak memperlihatkan solidariti terhadap Perdana Menteri dalam mentadbir negara.

“Malah mengisytiharkan UMNO dan BN sebagai musuh utama hanya lebih menzahirkan tiadanya kepercayaan dan rasa hormat kepada UMNO yang menerajui kerajaan,” katanya pada sidang akhbar di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mesyuarat juga bersetuju agar tema utama manifesto bagi PRU-15 ialah “Kestabilan Dan Kemakmuran”.

Katanya, tema seumpama ini telah digunakan sewaktu Pilhan Raya Negeri (PRN) Melaka dan PRN Johor sebelum ini dan ia akan diangkat untuk persetujuan Dewan Tertinggi Barisan Nasional.

Pada masa sama, Ahmad memberitahu, bahawa tarikh baru Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang sebelum ini ditentukan pada 23-26 November ini akan diubah kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI