fbpx

PRU-15 : P. Pinang belum buat keputusan bubar DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOW Kon Yeow ketika ditemui selepas selesai mengadakan mesyuarat Jawatankuasa DAP Pulau Pinang di Wisma DAP, George Town, di sini hari ini

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang belum memberi kata putus sama ada mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau tidak susulan pembubaran Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, DAP negeri telah menilai keadaan semasa dan telah mengambil keputusan yang akan dirujuk kepada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pakatan Harapan (PH) Pusat yang akan bermesyuarat malam esok.

“Kita perlu menunggu keputusan Jawatankuasa Teringgi PH Pusat sama ada DUN Pulau Pinang akan dicadangkan bubar atau tidak.

“Keputusan itu juga akan dibuat selepas mesyuarat PH negeri, selepas Jawatankuasa Eksekutif DAP, kemungkinan besar selepas PH Pusat ada beberapa peringkat lagi, Ismail Sabri juga melalui beberapa peringkat,” katanya ketika ditemui di Wisma DAP Pulau Pinang di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini untuk memberi laluan kepada PRU-15.

Ismail Sabri mengumumkan perkara itu secara langsung menerusi saluran televisyen tempatan pukul 3 petang tadi.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai apa keputusan mesyuarat DAP negeri hari ini, Kon Yeow berkata, keputusan sama ada DUN Pulau Pinang akan dibubarkan atau tidak akan diumumkan dalam minggu ini.

“Mungkin keputusan dibuat dalam beberapa hari lagi dalam minggu ini juga,” katanya.

Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata, pihaknya juga akan memanggil satu mesyuarat bersama PH Pulau Pinang untuk menilai isu berkaitan pembubaran DUN Pulau Pinang atau tidak.

”Kita belum ada mesyuarat melibatkan kerajaan negeri, cuma ada mesyuarat DAP, esok kita akan panggil mesyuarat PH negeri bagi menilai isu sama,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI