fbpx

PRU-15: Masa untuk pemimpin ‘lama’ berehat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
Wartawan Eksekutif, Noor Hasliza Nusi

Pada Khamis lalu, sehari sebelum pembentangan Bajet 2023, kecoh desas-desus akan pembubaran Parlimen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pelbagai spekulasi timbul bukan sahaja dalam kalangan orang politik, malah rakyat turut beremosi menantikan sebarang keputusan dibuat sampai lewat petang. Bagaimanapun, debaran itu reda memandangkan ada yang melihat PRU tidak sesuai dilaksanakan kerana sudah menghampiri musim tengkujuh.

Menyentuh mengenai PRU-15, ramai juga yang berteka-teki mengenai gerangan calon yang bakal bertanding. Adakah parti politik masih kekal meletakkan pemimpin lama atau mahu menampilkan muka baharu yang terdiri daripada orang muda?

Itu yang menjadi persoalan dalam kalangan rakyat sebagai pengundi ketika ini.

Pensyarah Kanan Sejarah Politik Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Dr. Azmi Ariffin berkata, terdapat alternatif yang lebih baik dan relevan sekiranya sesebuah parti itu mengangkat calon muda pada PRU-15 nanti.

Menurutnya, calon muda bukan sahaja berjiwa muda, namun mempunyai asas yang tinggi, bebas bersuara, berdaya saing dan mempunyai idea bernas.

“Pilih (calon) berasaskan pres­tasi bukan daripada kekuatan sesebuah parti atau kekebalan politik. Orang muda begitu progresif, diyakini dapat menjalankan tugas sebagai Yang Berhormat (YB) dan melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh.

“Sekiranya generasi muda diangkat, politik menjadi dinamik. Jika acuan lama kekal tiada perubahan. Kepimpinan lama sudah tidak relevan lagi.

“Berilah peluang kepada orang muda untuk terajui parti politik. Mereka bersikap terbuka dan tidak berfikir dari sudut sebaliknya. Jika berdebat, mereka agak berilmiah berbanding yang lama,” katanya kepada Kosmo!.

Jelasnya, rakyat seharusnya memahami kandu­ngan yang dibawakan calon orang muda dan bukannya usia serta pe­ngalaman yang menjadi ukuran.

“Masyarakat jika faham betul-betul, mereka sepatutnya memi­lih orang muda. Pilih yang terbaik dan boleh membuat kerja.

“Mentaliti rakyat sama, kanan atau kiri. Itu yang berlaku pertembungan. Paradigma politik yang tidak dapat dipecahkan sehingga hari ini. Mereka tidak berdaya untuk mencabar orang lama dan masih mahu kekal de­ngan yang lama.

“Cuba buat perubahan terima calon muda. Saya tidak nampak adanya satu dasar yang jelas. Bagaimana rakyat hendak mewujudkan perubahan untuk parti? Mereka cuba hendak kekalkan yang lama, tidak berani untuk mengubah lanskap sedia ada.

“Ini masalah yang timbul, kita terlalu menyokong parti politi bukan orangnya (calon). Cubalah untuk mewujudkan satu bangsa yang tidak lagi berpecah ikut ideologi,” ujarnya.

Tambah beliau, kepimpinan muda juga perlu berusaha untuk mengajak semua pe­mimpin pelbagai parti duduk berbincang bersama-sama secara terbuka berkenaan perkara ini.

Ditanya mengenai kesesuaian calon PRU dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), beliau berkata, masyarakat hari ini dilihat sudah terlalu jauh berpecah, hanya segelitir sahaja yang berubah, manakala yang lain tetap terikat dengan parti.

“Jika diangkat sebagai calon bebas, waima satu nama yang hebat sekalipun, masyarakat tetap akan membuat undian berdasarkan parti. Stigma masyarakat tetap memilih calon daripada parti politik berpengaruh. Memang perlu ada perubahan terutama yang berhubung kait de­ngan daya pemikiran masyarakat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI