fbpx
GAMBAR HIASAN

Permohonan undi pos dalam dan luar negara dibuka serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kini dibuka serta-merta manakala tarikh tutup akan dimaklumkan kemudian.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) , Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, SPR juga memaklumkan bahawa satu mesyuarat khas akan diadakan untuk membincangkan tarikh-tarikh penting PRU-15.

“Perbincangan tersebut turut mengambil kira pelaksanaan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya, Sabah, yang akan diadakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Untuk permohonan undi pos bagi Kategori 1A (petugas pilihanraya, ahli atau pegawai SPR, anggota Polis, anggota tentera, dan petugas media), hendaklah memohon secara manual
menggunakan Borang 1A yang dimuat turun dari portal rasmi SPR di https://www.spr.gov.my dan dihantar ke pejabat pegawai pengurus bahagian pilihanraya berkenaan. Alamat dan maklumat Pejabat Pegawai Pengurus boleh dirujuk di portal rasmi SPR.

“Manakala bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan kad pengenalan (agensi atau organisasi) pula, permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) melalui portal berikut: https://myspr.spr.gov.my/login.

Katanya melalui satu kenyataan, pengumuman tersebut dibuat setelah pengisytiharan pembubaran Parlimen telah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sebelumnya, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

Pengumuman tersebut dibuat oleh beliau menerusi satu perutusan khas yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen dan semua platform media sosial. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN