fbpx

Nilai hartanah luar bandar cecah RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir (empat kanan) menyampaikan bantuan pendidikan kepada anak peserta Felcra Berhad pada Karnival Mini Aspirasi Keluarga Malaysia di Kolej MARA Banting, hari ini.

KUALA LANGAT- Pembangunan dilaksanakan Felcra Berhad di Selangor telah berjaya menaikkan nilai pasaran hartanah luar bandar sehingga ada mencecah RM1juta sehektar.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, seluas 1,827.33 hektar tanah tanaman kelapa sawit berjaya dibangunkan yang memberikan manfaat kepada 2,274 orang peserta.

“Nilai pasaran hartanah ini meningkat naik menerusi proses perbandaran yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui Felcra Berhad.

“KPLB memfokuskan kepada pelaksanaan projek atau program ‘touch points’ yang dapat memberikan manfaat menyeluruh kepada rakyat menerusi pembangunan prasarana, ekonomi, perumahan dan pendidikan selaras meningkatkan kualiti masyarakat luar bandar,”katanya ketika berucap pada Karnival Mini Aspirasi Keluarga Malaysia di Kolej MARA Banting, hari ini.

Beliau memberitahu, kementeriannya telah menyalurkan peruntukan kepada Felcra Berhad hampir RM162juta menerusi Rancangan Boleh Pinda (Rolling Plan) dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Jelas Mahdzir, ini dimanfaatkan untuk program-program menaik taraf infrastruktur ladang, ameniti sosial dan program ekonomi luar bandar.

Dalam perkembangan berlainan, beliau menegaskan Bajet 2023 untuk KPLB meningkat sebanyak 4 peratus atau hampir RM424.9 juta berbanding tahun 2022.

“Ini sekaligus menunjukkan komitmen kerajaan Keluarga Malaysia melaksanakan agenda kesejahteraan rakyat di luar bandar.

“Bajet itu adalah inklusif dan menyeluruh dalam memastikan tiada golongan yang tertinggal termasuk B40 dan warga luar bandar,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI