fbpx

Mengumpat Bella Hadid, Kylie Jenner digelar jahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINDAKAN Kylie Jenner yang mentertawakan Bella Hadid ketika sebuah majlis pertunjukan fesyen baru-baru ini menarik perhatian netizen.

SELEBRITI dan juga usahawan jelita Kylie Jenner dituduh netizen sebagai ‘wanita jahat’ gara-gara tular sebuah video menunjukkan wanita berusia 25 tahun itu sedang mengumpat model terkenal Bella Hadid di sebuah pertunjukan fesyen.

Dalam video tersebut, Jenner dilihat bersama rakannya baiknya, Anastasia Karanikolaou Stassie sewaktu hadir menyaksikan pertunjukan fesyen di Minggu Fesyen Paris di Perancis.

Dalam pertunjukan fesyen itu, Hadid muncul dengan gaya separuh bogel memperagakan gaun viral yang menggunakan teknologi fabrican.

Pada saat penonton lain bertepuk tangan melihat penampilan Hadid, kamera kemudiannya merakam aksi Jenner bersama rakannya sedang berbisik-bisik sambil ketawa.

Walaupun tidak diketahui tentang perkara yang dibincangkan, rata-rata netizen berpendapat bahawa mereka sebenarnya sedang mengumpat penampilan Hadid.
Gara-gara itu, Jenner dituding sebagai wanita jahat oleh netizen dalam TikTok dan dikatakan cemburu dengan penampilan Hadid yang lebih

baik berbandingnya walaupun masing-masing berusia 25 tahun.

“Jenner seperti seorang wanita jahat yang cemburu kerana penampilan orang lain lebih menarik berbandingnya,” kata seorang netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI