fbpx

Awesome TV cari penyanyi bersuara RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHAN Ishak yakin pertumbuhan progresif untuk pembangunan Awesome TV pada tahun depan dengan sajian pelbagai kandungan menarik untuk penonton.

MENJADI stesen televisyen terawal yang memulakan kempen tayangan bagi tahun 2023, Awesome TV optimis menyajikan pelbagai program berkualiti dan menghiburkan penonton setia.

Antara program paling ‘mega’ adalah usaha stesen televisyen terbabit mencari seorang penyanyi dengan suara bernilai RM1 juta.

Menurut Pengarah Urusan Awesome TV, Johan Ishak, rancangan yang dijadualkan siarannya pada tahun depan tersebut pastinya mampu menarik lebih ramai penonton.

“Kami masih dalam perancangan, tetapi ini adalah antara daya tarikan untuk tahun 2023 bagi stesen Awesome TV selain beberapa lagi rancangan realiti sedia ada,” katanya.

SALAH sebuah program hiburan, Awesome Raja Lawak dijangka menemui peminat untuk musim kedua pada tahun depan.

Pada masa sama, Johan menjangkakan Awesome TV lebih banyak produksi mega akan dilaksanakan tahun depan, termasuklah program realiti MIC ON Selebriti menampilkan barisan artis (bukan penyanyi) mempersembahkan bakat nyanyian.

Konsepnya, mereka yang terlibat akan dilatih dengan ‘managers’ yang terdiri daripada barisan selebriti.

Selain itu, program Awesome Raja Lawak yang kini sedang rancak bersiaran secara langsung menerusi Awesome TV juga dijangka menemui penonton untuk musim kedua pada tahun depan.

Pilihan

Selain program hiburan, terdapat juga kelainan apabila sebuah program ‘game-show’, Memoria yang mencabar daya pemikiran dan fizikal peserta terdiri daripada barisan artis popular tanah air juga dijangka menemui peminat untuk musim kedua.

Perancangan tersebut sekali gus membuktikan keberadaan Awesome TV merekodkan pencapaian cemerlang apabila menerima lebih 2.6 bilion jumlah tontonan setakat ini.

Mengangkat empat genre kesukaan ramai iaitu sitkom, drama, filem dan program realiti, Awesome TV terus menjadi pilihan ramai dan berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai stesen televisyen terbaik di Malaysia.

PROGRAM berita terbitan Awesome TV, Berita 757 yang dilancarkan pada 1 Februari lalu mencatatkan kejayaan membanggakan apabila merekodkan 90 juta tontonan.

“Ramai yang membuat persepsi bahawa ‘TV business’ dilihat seakan-akan merudum dan platform digital dijadikan pilihan utama penonton untuk mendapatkan kandungan, sama ada hiburan, berita atau informasi terkini.

“Bagaimanapun, statistik menunjukkan sejak tiga tahun kebelakangan, terutama ketika pandemik, kenaikan sebanyak 25 peratus jumlah tontonan merentasi platform linear atau televisyen dapat dilihat dengan ketara.

“Kenaikan tersebut membuktikan ramai lagi penonton memilih kandungan menerusi televisyen,” kata Johan usai prograam Awesome TV 2023 Screening – Now You See Me!, baru-baru ini.

Program tersebut dihadiri hampir 400 orang tetamu terdiri dari rakan-rakan niaga, wakil pengurusan swasta, kementerian dan agensi serta pemain industri.

Katanya, Awesome TV sebagai wadah utama pilihan rakyat negara ini wajar diakui. Justeru, penyusunan sajian kandungan dan kandungan lebih menarik, unik serta menghiburkan sepanjang tahun depan, Awesome TV menjangkakan pertumbuhan positif.

Program tersebut dihadiri hampir 400 orang tetamu terdiri dari rakan-rakan niaga, wakil pengurusan swasta, kementerian dan agensi serta pemain industri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI