fbpx

Agihan kerusi selesai, PN yakin rampas semula Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA KANGSAR – Perikatan Nasional (PN) mempunyai keyakinan tinggi untuk menawan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, sekali gus merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kejutan itu mampu dilakukan hasil kerjasama erat komponen parti dalam PN melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

“Di Perak, jentera dan kekuatan parti telah diperkukuhkan dan kami bersedia untuk merampas semula pentadbiran kerajaan negeri.

“Kita (bukan sahaja) akan mempertahankan kerusi (yang dimenangi pada pilihan raya lalu), malah akan memberi hadiah dengan menambah kerusi untuk menang (tubuhkan kerajaan) di Putrajaya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran PN Perak di Dewan Jubli Perak di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad; Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

Menurut bekas Menteri Besar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu, rundingan dan pembahagian kerusi dalam kalangan parti-parti komponen PN juga telah selesai sepenuhnya.

“Perundingan dan pembahagian kerusi di kalangan PN di Perak telah selesai 100 peratus. Alhamdulillah, rasa syukur sangat kerana kalau Peja (Ahmad Faizal) dengan Pak Teh (Razman), kerja kami erat macam adik-beradik hingga di setiap kawasan dapat diselesaikan,” katanya.

Tambah beliau, pentadbiran PN di Perak sebelum ini telah mengendalikan kerajaan yang stabil hingga berjaya mendapatkan lebihan dalam Belanjawan Negeri dan menyelesaikan masalah hutang syarikat berkaitan kerajaan (GLC). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI