fbpx

Legacy Rider 1.0 di MAEPS, Serdang bakal diiktiraf dalam MBR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara selebriti yang akan memeriahkan Legacy Rider 1.0 di MAEPS Serdang pada 29 Oktober ini.

PETALING JAYA – Lebih 10,000 peminat sukan permotoran dijangka berkumpul pada program Legacy Rider 1.0 yang akan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada 29 Oktober depan.

Program yang mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak antaranya Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Wakil penganjur, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi berkata, pihak Malaysia Book of Record (MBR) turut dijemput bagi menyaksikan program ini sekali gus akan memberi pengiktirafan

Katanya, 10,000 peminat sukan permotoran dijangka hadir berdasarkan pembelian baju oleh peserta yang akan mengikuti karnival bersejarah itu.

“Disamping pengiktirafan daripada pihak MBR, pelbagai acara menarik akan diadakan seperti cabutan bertuah, persembahan artis popular tanah air serta kehadiran selebriti dan ikon media sosial.

“Antara selebriti jemputan Faizal Husin, Achey Raja Lawak, Afiq Shazwan, Johan Raja Lawak, Zul Huzaimy, Black Hanifah, Ajak Shiro, Farid Kamil, Tajul, Datuk Aliff Shukri dan Ustaz Ebit Lew,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Musaddiq berkata, turut sediakan gerai-gerai jualan makanan, minuman dan juga pelbagai gerai cenderamata yang dibuka seawal 8 pagi sehingga 6 petang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI