fbpx

Wanita simpan makanan, senjata untuk hadapi perang nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MacKenzie mempunyai makanan yang mencukupi untuk memberi makan tiga ahli keluarganya sehingga dua tahun. – Jam Press.

WASHINGTON – Seorang wanita di negeri Missouri, Amerika Syarikat (AS) membelanjakan sehingga AS$45,000 (RM208,687) untuk menyediakan bekalan di rumahnya kerana bimbang risiko bencana nuklear berikutan perang Russia di Ukraine, lapor akhbar New York Post semalam.

Rowan MacKenzie, 38, sudah menyimpan bekalan makanan sejak sedekad lalu selepas menjangkakan risiko berlakunya bencana nuklear atau masalah dunia lain.

“Saya bersiap sedia secara keseluruhan untuk perang, inflasi, bencana nuklear dan huru-hara,” kata MacKenzie dalam satu hantaran di media sosial.

Wanita itu pada awalnya memenuhi almari di rumahnya dengan bekalan kacang dan beras sejak 11 tahun lalu, tetapi berkembang kepada persiapan yang merangkumi kubu bawah tanah tempat menyimpan makanan  dan senjata, lapor Jam Press.

MacKenzie percaya dia telah mencipta sistem penggiliran ‘sempurna’ untuk bekalannya yang boleh memastikan dia dan keluarga terus hidup selama 25 tahun.

Dia membelanjakan AS$20,000 (RM92,750) untuk makanan, bahan-bahan yang dapat bertahan lama dan senjata, lapor akhbar Daily Mail.

Dengan penambahan kelengkapan terbaharunya, MacKenzie percaya nilai persiapannya kini mencecah AS$45,000 (RM208,687).

“Harga segala persiapan meningkat begitu banyak, tetapi saya perlu mempersiapkan diri dan keluarga untuk menghadapi situasi bencana.

“Saya telah menambah lebih banyak makanan di dalam ruang simpanan dan membeli sistem penapis air baharu, beberapa ekor ayam dan seekor ayam belanda,” katanya.

MacKenzie turut membina sebuah rumah hijau untuk hasil tanaman tempatan dan menambah lebih banyak peluru untuk senjata simpanannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI