fbpx

Trio Manchester City jadi pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA pemain yang dijangka mampu memberikan mata yang tinggi kepada pasukan masing-masing.

KEHANGATAN saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin dirasai oleh setiap pengurus Fantasy Premier League (FPL) menjelang aksi minggu ke-10 dengan beberapa perlawanan menjadi tumpuan.

Kejayaan Manchester City menumbangkan seteru setempat mereka, Manchester United minggu lalu menyaksikan tiga pemain skuad kendalian Pep Guardiola dipilih untuk berada dalam skuad minggu ini.

Justeru, Kosmo! berkongsi panduan buat para pengurus FPL mengenai pemilihan kesebelasan pemain yang mampu menghadiahkan ‘kegembiraan’ dengan meraih mata maksimum bagi saingan kali ini.

PENJAGA GOL
EMILIANO Martinez kembali berada pada prestasi terbaik dan berpotensi untuk mengekalkan gawangnya tanpa bolos buat kali ketiga berturut-turut apabila menentang kelab tercorot, Nottingham Forest.

PERTAHANAN
TYRONE Mings berpeluang mengutip enam mata penuh dan bonus tambahan apabila bertemu Nottingham Forest yang sudah tewas lima perlawanan berturut-turut dengan hanya menjaringkan empat gol.

TENGAH
KEVIN De Bruyne berpotensi untuk meneruskan rentak cemerlangnya menentang Southampton selepas berjaya mengumpul 27 mata dengan merekodkan lima umpanan jaringan daripada tiga aksi terakhir.

PENYERANG
PIERRE-EMERICK Aubameyang akhirnya berjaya membuka akaun jaringan bersama Chelsea sejak berhijrah daripada Barcelona musim ini dan dijangka boleh meneruskan apabila bertemu Wolves.

KAPTEN
ERLING Haaland dipilih sebagai kapten berdasarkan prestasi yang cemerlang selepas meledak hatrik ketiga berturut-turut bersama City di laman sendiri dan berpeluang melakukannya buat kali keempat.

 

JADUAL

HARI INI

BOURNEMOUTH lwn LEICESTER
Siaran langsung Astro On The Go,10 mlm

CHELSEA lwn WOLVES
Siaran langsung Astro 813, 10 mlm

MAN. CITY lwn SOUTHAMPTON
Siaran langsung Astro 812, 10 mlm

NEWCASTLE lwn BRENTFORD
Siaran langsung Astro 811, 10 mlm

ESOK

BRIGHTON lwn TOTTENHAM
Siaran langsung Astro 811, 12.30 tgh mlm

C. PALACE lwn LEEDS
Siaran langsung Astro 812, 9 mlm

WEST HAM lwn FULHAM
Siaran langsung Astro 811, 9 mlm

ARSENAL lwn LIVERPOOL
Siaran langsung Astro 813, 11.30 mlm

ISNIN

EVERTON lwn MAN. UNITED
Siaran langsung Astro 813, 2 pagi

SELASA

N. FOREST lwn A. VILLA
Siaran langsung Astro 813, 3 pagi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI