fbpx

Orang ramai mula teka warna baju Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul ketika menuju ke Bangunan Parlimen bagi membentangkan belanjawan tahun lalu.

PETALING JAYA – Orang ramai sudah mula berteka-teki apakah warna baju yang akan dipakai oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Tinjauan di media sosial mendapati, selain ternanti-nanti apakah yang akan dibentangkan nanti, rata-rata pengguna turut teruja mahu melihat penampilan Menteri Kewangan itu.

“Kalau tahun lepas Tengku Zafrul segak berbaju Melayu pic lembut, tahun ini saya teka Tengku Zafrul akan pakai baju warna biru,” kata Hafez.

“Harap ada banyak berita baik daripada kerajaan nanti. Oleh itu saya teka Tengku Zafrul pakai baju berbunga-bunga,” kata Afiq.

“Warna biru. Tak kira biru apa,” kata Haidatul.

“Apa saja dia pakai baju warna apa yang penting rakyat mahu lulus KWSP 2.0 bersasar,” kata Noridah.

“Jangankan baju, hari itu Tengku pakai jam G-Shock pun orang cari siap ada bagi gelaran ‘G-Shock Menteri Kewangan’,” kata Penjejak Awan.

Terdahulu, Menteri Undang-undang, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengesahkan Belanjawan 2023 akan dibentangkan oleh Tengku Zafrul pada pukul 4 petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI