fbpx

Dua produk Mi Sedaap ada racun tiada di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua produk mi segera yang didakwa mengandungi racun.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan bahawa dua produk jenama Mi Sedaap keluaran Indonesia yang diharamkan di Singapura semalam ada diimport negara ini.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kemasukan produk itu dengan tarikh luput masing-masing pada 21 Mei 2023 dan 17 Mac 2023 direkodkan.

“Melalui semakan pihak kementerian ke atas data Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia mengesahkan bahawa mi goreng dan mi sup pedas Korea itu diimport negara ini.

“Namun, tiada direkodkan kemasukan produk terlibat dengan tarikh luput seperti dinyatakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, KKM mengambil maklum laporan media mengenai residu kimia dikesan dalam dua produk Mi Sedaap dengan tarikh luput dinyatakan.

Beliau bahkan memaklumkan bahawa etilena oksida merupakan racun perosak yang tidak dibenarkan penggunaannya dalam makanan berdasarkan kepada Peraturan Makanan 1985.

“Ia merupakan sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi tugas fumigasi atau pewasapan untuk basmi makhluk perosak seperti serangga.

“Susulan itu, KKM akan terus menjalankan pemantauan di pasaran serta mengenakan tindakan Tahan, Uji, Lepas atau TUL di semua pintu masuk negara ini,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata, pengguna juga boleh menyalurkan kemusykilan melalui laman http://moh.spab.gov.my atau akaun sosial rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI