fbpx

Wanita hilang selepas keluar rumah sejak Mac lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keng Jee

MELAKA – Polis negeri memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita berbangsa Cina berusia 55 tahun yang dilaporkan hilang sejak Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa, Koh Keng Jee yang beralamat di Taman Cheng Perdana di sini dikatakan telah keluar rumah tanpa pengetahuan suaminya kira-kira pukul 8 pagi pada 16 Mac lalu.

Menurutnya, wanita yang berketinggian 160 sentimeter, berambut hitam paras bahu dan berkulit cerah itu kali terakhir dilihat memakai baju-T serta berseluar panjang.

“Berdasarkan keterangan suaminya, Keng Jee dikatakan suka berjudi dan berhutang, namun dia tidak menerima sebarang panggilan telefon atau apa-apa maklumat berkaitan kehilangan isterinya.

“Ahli perniagaan berumur 60 tahun itu turut menghubungi keluarga isteri dan rakan-rakannya, tetapi mereka tidak mengetahui di mana isterinya berada sehingga sekarang. Isterinya juga tidak dapat dihubungi,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Tambahnya, hebahan orang hilang telah dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah bagi mengesan wanita itu.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat boleh menghubungi Sarjan Ahmad Harun di talian 013-4025710. Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Balai Polis Tanjung Minyak di talian 06-3353222,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI