fbpx
Rosmaria menyediakan minuman untuk suaminya ketika ditemui di kediaman mereka di Apartmen Bukit Permata, Lumut baru-baru ini.

Sudah dua bulan tiada gaji sebab sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Seorang isteri terpaksa bekerja demi menanggung keluarga apabila suaminya hilang upaya untuk mencari rezeki buat mereka empat beranak.

Wanita itu, Rosmaria Mohd. Yassin, 44, berkata, suaminya, Mohd. Hidayat Kim Abdullah, 56 , disahkan menghidap tibial spine fracture pada tahun 2019, yang menyebabkan lelaki tersebut tidak boleh berjalan.

Katanya, penyakit itu membuatkan suaminya tidak boleh berdiri dan hanya bergantung kepada kerusi roda untuk pergerakan selama hampir tiga tahun.

“Syukur, baru-baru ini suami sudah boleh bergerak walaupun terbatas, namun dia tetap memerlukan bantuan untuk me­lakukan perkara lain seperti ke tandas dan naik ke atas katil.

“Dua anak saya masing-ma­sing berusia 14 dan 11 tahun turut membantu dalam menguruskan bapa mereka dan ia meringankan beban ditanggung,” katanya kepada Kosmo! di kediaman mereka di Apartment Bukit Permata di sini baru-baru ini.

Menurut Rosmaria, sejak suaminya hilang pekerjaan, dia menggalas tugas mencari rezeki buat keluarga dan pekerjaan terkininya adalah sebagai pembantu kantin dengan gaji RM900 sebulan di sebuah sekolah di sini.

“Bagaimanapun, saya sudah dua bulan tidak dapat bekerja kerana diri sendiri menghidap paru-paru berair yang menyebabkan saya terpaksa bergantung harap kepada ubat-ubatan.

“Mujurlah, kami menerima bantuan Baitulmal yang sedikit sebanyak membolehkan saya sekeluarga terus tinggal di sini selain membeli barangan keperluan,” luahnya.

Cerita Rosmaria, untuk ke hospital bagi rawatan fisioterapi suami, mereka terpaksa mengharapkan bantuan ibu bapa Mohd. Hidayat Kim kerana ke­dua-dua mereka tidak mampu untuk membawa kenderaan.

“Suami menyatakan dia kecewa kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya ekoran penyakitnya itu, namun tetap bersyukur kerana masih mempunyai kekuatan untuk bergerak tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga,” ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Seri Manjung, Mohd. Shaperi Md. Salleh berkata, Mohd. Hidayat telah menerima Faedah Bantuan Ilat bernilai RM654.98 pada tahun 2020.

“Bagaimanapun, kami tetap membantu keluarga ini menerusi pemberian barangan keperluan agar mereka dapat mengharungi saat sukar dihadapi ketika ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian di akaun Public Bank 6319397021 (Mohd. Hidayat Kim) atau menghubungi talian
017-525 3195.

POPULAR