fbpx
Gambar hiasan

PRU-15: UMNO ambil pendekatan tunggu dan lihat, kerjasama dengan Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – UMNO mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada parti itu dan Pas akan bekerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan datang.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan tersebut akan dibuat berdasarkan hasil daripada mesyuarat Pas yang diadakan pada sabtu dan ahad ini.

“Kita difahamkan mereka (Pas) ada dua mesyuarat penting, jadi kita tunggu. Kita akan tunggu selepas selesai mesyuarat,” katanya ketika ditemui di Menaro Dato Onn di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, setiap perkara melibatkan PRU-15 hendaklah dilakukan dengan pantas.

“Oleh kerana Barisan Nasional (BN) memiliki pengalaman tertentu, maka kami mengadakan semua perkara itu mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

“Bila pun Pilihan Raya Umum ke-15, UMNO dan BN akan terus bersiap siaga,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Pas perlu memenuhi tiga tuntutan jika ingin kembali menjalin kerjasama bersama UMNO bagi menghadapi PRU-15 tidak lama lagi.

Tiga tuntutan tersebut adalah keluar daripada Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka ‘mufarakah’ seratus peratus daripada PN dan Bersatu. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR