fbpx

[VIDEO] Perdana Menteri tiba di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini.

Kenderaan rasmi Perdana Menteri itu dilihat memasuki pintu utama Istana Negara dengan melambai ke arah pengamal media kira-kira pukul 3.49 petang tadi.

Terdahulu, kenderaan dipercayai membawa Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang turut dilihat memasuki Istana Negara sekitar pukul 2.05 petang tadi.

Difahamkan, pertemuan petang ini adalah bagi menyembah maklum berkenaan mesyuarat Pra-Kabinet termasuk mengemukakan cadangan tarikh pembubaran Parlimen.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tarikh pembubaran Parlimen berkemungkinan akan dibincangkan oleh Ismail Sabri dalam sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini.

Ismail Sabri berkata, perkara itu boleh dibincangkan sekiranya perbincangan berkaitan Kabinet dapat diselesaikan lebih awal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI