fbpx

Fujianti Utami kurus kering akibat stres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FUJIANTI UTAMI

PELAKON dan juga pereka fesyen terkenal, Fujianti Utami mengakui mengalami penurunan berat badan mendadak kerana berdepan dengan masalah stres.

Ujar selebriti muda berusia 19 tahun itu, dia kehilangan sebanyak lima kilogram (kg) berat badan hanya dalam masa tiga hari. Situasi tersebut sangat menyedihkan apatah lagi dia juga hilang selera makan.

“Ramai yang menegur bentuk tubuh saya yang kurus. Sebelum ini berat badan saya 50.5kg. Tapi selepas tiga hari, berat badan saya menurun kepada 45kg,” katanya.

Ujar kekasih kepada pesohor media sosial Thariq Halilintar itu lagi, dia mengalami penurunan berat badan mendadak kerana stres.

Bagaimanapun, Fujianti sukar untuk menghuraikan masalah yang dialaminya itu.

“Saya selalu berasa stres, tapi sukar untuk mengungkap masalah yang dialami.

“Saya sendiri tidak pasti perasaan saya ketika itu yang akhirnya membuatkan berat badan saya menurun,” ujarnya.

Fujianti bagaimanapun meminta peminat tidak berasa bimbang tentang masalah yang sedang dihadapinya kini memandangkan berat badannya boleh naik bila-bila masa sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI