fbpx

Cuaca buruk di utara, Pantai Timur malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dilaporkan berlaku di negeri utara, Pantai Timur Semenanjung serta dijangka berlarutan sehingga pukul 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, antara kawasan yang terlibat di Kedah adalah Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Sementara itu, cuaca buruk yang sama turut berisiko di Pulau Pinang meliputi seluruh kawasan.

“Di Perak pula melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta,” katanya.

Di negeri Pantai Timur pula MetMalaysia menjangkakan hujan lebat serta ribut petir akan melanda beberapa daerah di Kelantan seperti Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Selain itu di Terengganu pula, Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Dungun berpotensi dilanda hujan lebat pada tempoh sama hari ini.

“Pahang turut melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut,” katanya.

Namun bagi Sabah dan Sarawak cuaca sama dijangka akan berlarutan sehingga 10 malam nanti.

“Di Sabah ribut petir dan hujan lebat dijangkan berlarutan hingga 10 malam di Pedalaman iaitu di Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan.

“Manakala di Sarawak melibatkan kawasan Kapit (Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang serta Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI