fbpx

12 murid cedera van sekolah dinaiki terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah seorang murid yang cedera dalam kemalangan itu. FOTO IHSAN PEMBACA

SEPANG – Seramai 12 murid sekolah berdepan saat mencemaskan apabila van sekolah dinaiki mereka terbabas dalam kejadian petang tadi.

Dalam kejadian pukul 2 petang di kilometer (KM) 6.7 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) itu, van jenis Nissan Venette dipandu seorang lelaki tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas.

Kejadian menyebabkan pemandunya patah kaki kiri manakala 12 murid mengalami pelbagai kecederaan termasuk patah kaki, luka di muka dan patah bahu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku apabila van berkenaan dalam perjalanan dari arah Kajang menghala ke Tol Ayer Hitam.

“Pemandu van bersama 12 murid berusia antara 8 hingga 16 tahun itu kemudian di bawa ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Saya difahamkan enam daripada murid berkenaan telah diberikan rawatan pesakit luar dan telah dibenarkan pulang,” katanya ketika dihubungi – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI