fbpx

Penyamun guna Axia Hijau curi diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang tular dipercayai terlibat dalam kes samun.

KUALA LANGAT – Polis kini memburu dua penyamun yang menggunakan kenderaan curi jenis Perodua Axia berwarna hijau.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, pihaknya mengesan dua video tular mengenai dua lelaki menaiki kereta tersebut dengan nombor pendaftaran WC8757K yang dicuri di kawasan Shah Alam dekat sini.

“Video terbabit merupakan dua kejadian samun yang dilaporkan berlaku di Kawasan Telok Panglima Garang di sini pada 19 September dan semalam.

“Polis sedang giat menjalankan usaha mengesan dan menangkap suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (Samun Berkawan Tanpa Senjata Api).

Justeru, Ahmad Ridhwan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek agar menghubungi bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Norhidayah Mohd. pada talian 017-4055363.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung dua klip video masing-masing berdurasi dua dan sembilan saat memaparkan kereta itu berlegar di kawasan perumahan.

Turut kelihatan adalah gambar seorang lelaki dipercayai suspek terlibat dalam kes samun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI