fbpx

Mak cik baju merah dan Ratu Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Minggu lalu kalau kita membelek media sosial antaranya TikTok pastinya akan terbaca kisah hangat mengenai ‘mak cik baju merah’.

Bagi yang tidak tahu, kisah mak cik baju merah itu tular berikutan dia berdiri di depan antara pengantin perempuan dan upacara akad nikah ketika majlis itu dua bulan lalu.

Kehadiran mak cik itu didakwa didatangkan secara pakej bersama jurunikah di kariah di situ bagi menguruskan urusan akad nikah agar berjalan lancar.

Kisah mengenai mak cik ini diceritakan sendiri oleh pengantin perempuan itu di media sosial miliknya.

Menurutnya, mak cik itu menguruskan upacara akad nikah, batal air sembahyang, sarung cincin dan sebagainya agar berjalan lancar.

Bagaimanapun, keadaan menjadi tidak selesa apabila pengantin perempuan memberitahu, mak cik baju merah itu seperti ‘overshadow’ majlisnya apabila semua gambar dan video akad nikahnya terdapat wanita berkenaan.

Mak cik itu berdiri tegak di depan pangantin dan hanya berganjak 10 saat ketika ditegur jurugambar.

Silapnya di sini apabila pengantin perempuan itu yang mempunyai pengikut yang ramai dan dikenali di media sosial buka cerita.

Video itu diulang dan diulas orang pihak ketiga secara meluas sehingga menjadi tular. Sehinggalah difahamkan anak perempuan mak cik itu mahu menyaman pengantin berkenaan kerana memalukan ibunya.

Mak cik itu dikecam tiada adab datang majlis orang sehingga dianggap perosak gambar dan video nikah tersebut.

Sabarlah mak cik ini semua lumrah media sosial sekarang apabila kata-kata keji dan nista bermaharaja lela tanpa batasan seolah-olah esok sudah kiamat.

Itulah normalisasi rakyat negara ini yang akan memviralkan sesuatu perkara terlebih dahulu berbanding memilih cara berbincang 4 mata, akhirnya timbul isu saman-menyaman dan akhirnya ada pihak perlu minta maaf dan padamkan video.

Bagi penulis lagi teruk tiada adab apabila mulut tiada insurans netizen Malaysia yang rata-rata orang Islam menulis komen ketika siaran langsung pengebumian Ratu Elizabeth II baru-baru ini.

Nak baca komen tersebut pun rasa malu, inilah bahasa jiwa bangsa rakyat Malaysia. Silibus pendidikan Islam darjah satu ada mata pelajaran mengenai adab kita sesama manusia.

Mungkin susah lupa sebab silibus itu darjah satu. Sekarang maki hamun mengata buruk pasal orang jadi perkara nombor satu dan dosa, pahala jadi nombor dua.

Like komen paling banyak itu jadi kebanggaan walaupun maki hamun orang yang telah mati.

Nota Kaki: Difahamkan mak cik baju merah dan pengantin sudah berjumpa dan bermaaf-maafan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI