fbpx

Gayatri teman Zul Ariffin ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zul Ariffin dan Gayathi di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini.

SEPANG – Pelakon Zul Ariffin mencuri tumpuan ke Mahkamah Sesyen Sepang ditemani ‘teman rapat’nya penerbit filem Gayatri Su-Lin Pillai hari ini.

Mereka ditemani peguam Zul Ariffin menaiki Toyota Vellfire bersama-sama.

Zul Ariffin dan Gayatri pada tahun 2012 pernah menjalinkan hubungan cinta sebelum putus di tengah jalan. Selepas itu Zul bercinta dengan pandatang baharu, pelakon Zahirah MacWilson tetapi tidak lama.

Namun baru-baru ini, Gayatri menerima hadiah sebuah kereta mewah daripada Zul Ariffin.

Plat kereta itu mencuri tumpuan apabila menggunakan SYG yang dikaitkan dengan maksud Sayang.

Terdahulu, aktor berkenaan didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atau berdepan penjara sembilan bulan selepas didakwa memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang bersifat sumbang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fazril Sani Mohamed Fadzil dan turut hadir Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) Mai Zairani Zainal Abidin manakala Zul Arifin pula diwakili peguam P. Sivaram dan M. Saresh.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI