fbpx

Impak kemalangan, Chorong belum stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHORONG

PERANCANGAN acara bertemu peminat bersama penyanyi CHOBOM (Chorong dan Yoon Bomi) di Thailand terpaksa dibatalkan atas masalah kesihatan salah seorang daripada mereka.

IST Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan, Chorong terlibat dalam satu kemalangan kecil ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai latihan baru-baru ini.

Meskipun mengalami kecederaan ringan di sekitar tulang leher, tetapi penyanyi itu tetap meneruskan persembahan sempena acara bertemu peminat CHOBOM di Jepun dua hari kemudian.

Bagaimanapun, kesakitan dialaminya semakin memburuk sehingga memaksanya berehat sekali gus acara bertemu peminat di Thailand pada Sabtu lalu dibatalkan.

“Dia meneruskan perancangan di Jepun kerana teruja untuk bertemu peminatnya.

“Bagaimanapun, keadaan semakin serius dan doktor menasihatkan Chorong berehat. Maka acara bertemu peminat di Bangkok tidak dapat dijalankan.

“Kami secara telus memohon maaf kepada peminat yang sekian lama menunggu untuk menghadiri acara berkenaan,” katanya.

Pun begitu, agensi berkenan berjanji untuk memastikan kelancaran baki acara bertemu peminat yang dijadualkan berlangsung di Korea kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI