fbpx

Dewan Rakyat: Jabatan Penjara tolak permohonan Najib hadir ke Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia (JPM) menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadiri persidangan Parlimen yang berlangsung bermula hari ini.

Perkara itu dinyatakan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selepas perbicaraan Najib, 69, dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut Muhammad Shafee pihaknya telah mengemukakan permohonan bagi membenarkan Ahli Parlimen Pekan itu ke Parlimen pada 19 September lalu namun JPM telah menolak permohonan tersebut.

“Pihak penjara telah menolak permohonan kami untuk membenarkan Najib menghadiri sidang Parlimen atas faktor keselamatan.

“Saya rasa agak tersilap, pastinya parlimen lebih selamat daripada mahkamah. Oleh kerana permohonan ditolak, kami telah menulis rayuan kepada Menteri Dalam Negeri, dan menulis surat kepada speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun,” katanya.

Tambah Muhammad Shafee lagi, Najib masih lagi seorang ahli parlimen dan sepatutnya dia diberikan hak untuk hadir pada sidang parlimen yang mana hak untuk berjumpa dengan wakil dan rakyat dikawasannya.

Pada 8 September lalu, Azhar Azizan menerima dokumen tambahan berkaitan kedudukan Najib yang kekal sebagai Ahli Parlimen Pekan, buat masa ini.

Beliau berkata, dokumen tambahan itu antara lain surat daripada Tetuan Shafee & Co bertarikh 7 September 2022 mengenai permohonan Semakan Jenayah (Review) menurut Kaedah 137 Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 kepada Mahkamah Persekutuan.

Najib sedang menjalani penjara 12 tahun dan denda RM210 juta di Penjara Kajang dalam kes dana SRC International Sdn. Bhd.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI