fbpx

92 terbunuh dalam demonstrasi antikerajaan yang berlanjutan di Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai melakukan tunjuk perasaan di sebatang jalan di Tehran pada 21 September lalu. – AFP

TEHRAN – Sekurang-kurangnya 92 orang terbunuh dalam pertempuran ganas di Iran semasa protes antikerajaan yang dicetuskan oleh  kematian Mahsa Amini, lapor portal berita MailOnline semalam.

Mahsa, 22, meninggal dunia pada 16 September lalu ketika dalam tahanan polis selepas dia diberkas kerana tidak memakai tudung dengan sempurna.

Ketika protes memasuki minggu ketiga semalam, kumpulan Hak Asasi Manusia Iran (IHR) berkata, sekurang-kurangnya 92 orang telah terbunuh.

Pertempuran antara peserta tunjuk perasaan dan anggota pasukan keselamatan meningkat di bandar-bandar di seluruh Iran selama 16 malam berturut-turut. Protes itu mula tercetus di wilayah-wilayah barat yang menempatkan kediaman Mahsa serta penduduk Kurdis.

Sebilangan wanita di Iran bertindak membakar tudung mereka ketika protes yang berlaku di lebih 150 bandar di seluruh negara.

Peserta tunjuk perasaan turut  melempar bom api dan menyerang ibu pejabat akhbar harian ultrakonservatif Iran, Kayhan, di Teheran kelmarin.

Protes tersebut terus  berlanjutan dengan  41 orang terbunuh dalam pertempuran di tenggara Iran iaitu  sebuah kawasan bersempadan dengan Afghanistan dan Pakistan pada Jumaat lalu, kata IHR.

Demonstrasi di tenggara Iran itu pula berlaku  selepas seorang ketua polis wilayah tersebut dituduh memperkosa seorang remaja perempuan di Zahedan.

IHR menuduh anggota keselamatan Iran sebagai menggunakan ‘kekerasan berdarah’ untuk mematahkan  protes di Zahedan yang berlaku selepas solat Jumaat. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI