fbpx

Sesi khas Dr. Azizan sokong usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USAHAWAN boleh bertanyakan soalan bagi menangani cabaran ekonomi semasa secara terus kepada Azizan Osman menerusi talian WhatsApp beliau.

SHAH ALAM – Bangsa usahawan kini berpeluang mengikuti sesi khas bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang akan menjawab persoalan dalam menangani cabaran perniagaan dan ekonomi semasa pada setiap Ahad, pukul 8 pagi.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, inisiatif tersebut digerakkan Dr. Azizan bersama RichWorks bermula minggu lalu.

“Kami sangat faham dengan keadaan dihadapi usahawan, yang bukan sahaja berdepan kenaikan kos operasi, malah sesetengah daripada mereka turut berdepan kemerosotan jualan.

“Justeru itu, Dr. Azizan akan memberikan panduan dan jawapan kepada pelbagai permasalahan yang dihadapi mereka melalui saluran Telegram Azizan Osman Official, Ahad ini,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Tambah Radz, sesi berkenaan juga merupakan sebahagian daripada persiapan untuk bangsa usahawan yang akan mengikuti program 10X Bina Bisnes Berjaya (10XBBB) pada hujung Oktober ini.

“Ini adalah saluran tambahan kepada talian WhatsApp Datuk Wira yang diperkenalkan pada Ahad lalu.

“Usahawan boleh menghantar soalan mereka secara langsung, terus kepada Dr. Azizan,” jelasnya.

Untuk bertanya soalan di WhatsApp Datuk Wira, anda boleh ke laman https://bit.ly/tanyadwdao atau imbas kod QR tertera.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI