fbpx

Poster Aiman Tino dikritik macam cari orang hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster karnival melibatkan Aiman Tino yang mengundang kritikan netizen.

PETALING JAYA – Poster satu karnival melibatkan penyanyi, Aiman Tino yang diadakan di Sabah semalam mengundang kritikan netizen kerana dianggap seperti poster pada era 90-an.

Malah ada juga pengguna media sosial menyifatkan poster yang dihasilkan bagi program Dinosaur Born in Sabah itu seperti poster mencari orang hilang.

Difahamkan poster tersebut disediakan oleh penganjur Karnival Dinosaur Born in Sabah yang berlangsung di Kompleks Sukan Lahad Datu.

Netizen turut mengkritik penganjur karnival itu hanya mampu menyediakan poster sedemikian walaupun menjemput seorang penyanyi terkenal.

“Kalau nak jimat pun agak-agaklah, poster ni zaman 1990-an boleh lah. Sekarang poster macam ni khas untuk cari orang atau kucing hilang saja,” kata Orlando Belum.

“Rasanya poster macam ni zaman cowboy dah ada, tak ada pereka grafik ke dekat Sabah?” Soal Farihan Yusof.

“Kesian pula dekat Aiman Tino, disamakan pula dengan orang dikehendaki polis, hitam putih macam tu saja posternya,” kata Malissa Malinni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI