fbpx
Ini adalah rakaman terbaik dan paling dekat Europa yang pernah dirakam NASA. - NASA

NASA siarkan imej Bulan beku di Musytari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyiarkan imej Bulan yang membeku di Planet Musytari buat kali pertama, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kapal angkasa Juno milik NASA telah merakam empat gambar Bulan yang digelar Europa ketika melakukan lintasan mengelilinginya pada Khamis lalu.

Ia adalah pemandangan terbaik dan paling dekat dengan Europa yang pernah dirakam saintis Bulan itu dalam tempoh 20 tahun.

Bulan beku itu dipercayai mempunyai lautan yang mengalir di bawah kerak bekunya yang menimbulkan pertanyaan mengenai kebarangkalian adanya hidupan di luar Bumi.

Menyebut misi itu sebagai berjaya, saintis juga berharap dapat memerhatikan potensi plum air dari permukaan Europa yang belum kelihatan dalam pencarian awal.

Ketua saintis Juno dari Institut Penyelidikan Barat Daya di San Antonio, Scott Bolton berkata, mereka perlu berada di tempat yang betul pada masa yang tepat untuk mendapatkan rakaman terbaik.

Timbalan Pengurus Misi di Makmal Propulsion Jet NASA, John Bordi berkata, beliau menjangkakan kapal angkasa itu bergerak pada kadar yang pantas dengan bukti bergerak pada halaju relatif hampir 15 batu sesaat.

Pemerhatian terbaharu mengenai Europa akan membantu agensi angkasa lepas itu merancang untuk misi Europa Clipper yang akan dilancarkan pada 2024 dan tiba di sistem Jovian pada 2030. – Agensi

POPULAR

BERITA BERKAITAN