fbpx
MARQUEZ mengakui tahap kecergasannya berada pada prestasi terbaik, manakala jentera juga cukup sempurna untuk menghadapi saingan GP Thailand hari ini. – AFP

Marc Marquez akui sedia tawan Buriram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BURIRAM – Juara Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) enam kali, Marc Marquez mengakui sudah dapat semula ‘ramuan’ untuk bergelar juara, sekali gus memburu kedudukan podium menjelang aksi Grand Prix (GP) Thailand di Litar Antarabangsa Buriram hari ini.

Kata Marquez, tahap kecergasan peribadinya sudah sema­kin baik, selain keadaan jentera juga memberi gambaran bahawa hasrat untuk merekodkan keputusan positif hampir menjadi rea­liti.

“Secara jujur, saya rasakan seperti berada pada musim 2019 ketika bergelar juara dunia buat kali terakhir. Ini kerana, pada sesi ujian bebas yang dibuat di litar berjalan dengan lancar de­ngan jentera tidak mempunyai masalah untuk memecut laju.

“Saya harap rentak konsis­ten ini dapat dikekalkan kerana masalah utama yang dihadapi sejak dua tahun lalu adalah jentera berdepan masalah ketika saya sedang berusaha untuk melakukan pecutan terutama di laluan lurus,” katanya.

Pelumba berusia 29 tahun kelahiran Sepanyol itu sebelum ini hampir menaiki podium sejak kembali daripada aksi kompetitif di GP Jepun minggu lalu sebelum terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat keseluruhan.

Kata Marquez, prestasi di Litar Motegi telah menyuntik semula keyakinan peribadi, kerana masih berpeluang untuk merekodkan keputusan positif pada hari perlumbaan itu nanti.

“Saya rasa prestasi saya di Motegi jauh lebih baik berban­ding sewaktu GP Sepanyol di Litar Aragon. Namun, saya akui masih belum layak untuk mendabik dada sebaliknya masih perlu kekal positif untuk menamatkan kempen MotoGP musim ini di tempat terbaik,” katanya.– AGENSI

POPULAR