fbpx

Dua beradik maut terkena renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua beradik maut selepas terkena renjatan elektrik.

BANDAR BARU BANGI – Dua beradik maut selepas terkena renjatan elektrik ketika sedang mandi di dalam besen di halaman rumah mereka di Kampung Teras Jernang di sini petang semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6 petang itu menyebabkan kedua-dua mangsa iaitu Adam Haziq Zamri, 10, dan adiknya, Adam Harish Zamri, 9, tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Serdang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa yang meninggal dunia merupakan anak kedua dan ketiga daripada empat beradik, dengan kedua-dua ibu bapa mereka bekerja sebagai peniaga kedai makanan.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, bapa mangsa hanya mengetahui kejadian itu selepas pulang ke rumah dari kedai dan mendapati kedua-dua mangsa sudah tidak sedarkan diri.

“Bapa mangsa dakwa anaknya meninggal dunia berpunca dari renjatan elektrik yang mengalir dari sebatang besi yang merupakan besi penyidai baju.

“Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga telah mengesahkan berlaku geseran dari wayar tepi rumah bapa mangsa terus ke zink rumah di mana menyebabkan wayar tersebut luka dan arus elektrik mengalir melalui besi penyidai baju.

“Kedua-dua mangsa terkena renjatan elektrik apabila bersentuhan dengan besi penyidai baju yang berada di tempat mandi,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa akan melalui proses bedah siasat selepas ujian saringan Covid-19 di Hospital Serdang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI