fbpx
Penduduk tempatan dan penyelamat mencari orang yang terjun ke dalam sungai Curuca selepas jambatan runtuh di perbandaran Careiro Da Varzea, negeri Amazonas pada Rabu lalu. -AFP

3 korban jambatan runtuh di Brazil, 15 mangsa hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA – Sekurang-kurang­nya tiga orang terbunuh, manakala 15 yang lain hilang apabila sebuah jambatan runtuh di negeri Amazonas, utara Brazil, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Jabatan Bomba Amazonas memaklumkan bahawa operasi mencari mangsa yang hilang masih diteruskan selepas jambatan ber­kenaan yang terletak di lebuh raya BR-319, dekat bandar Careiro, runtuh pada Rabu lalu.

Jabatan bomba berkenaan memaklumkan bahawa ketika kejadian, 14 mangsa lain turut cedera. Kemalangan berlaku semasa sebilangan kenderaan sedang melintasi jambatan tersebut.

Media tempatan, G1 memetik beberapa saksi sebagai berkata, jambatan itu mengalami keretakan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas sebelum tiba-tiba runtuh.

Penduduk tempatan terpaksa menyeberang Sungai Curuca dengan menaiki sampan selepas kemalangan berlaku. 

Orang ramai pula dinasihatkan supaya menjauhi kawasan kemalangan sehingga jambatan itu kembali dibaik pulih.

Kerajaan negeri bagaimanapun masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung insiden berkenaan. – Agensi

 

POPULAR