fbpx
Foto yang dikongsi Puad Zarkashi di Facebooknya sebentar tadi

UMNO capai kesepakatan tarikh PRU-15?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Satu hantaran dimuat naik Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi di laman Facebook sebentar tadi menimbulkan tanda tanya sama ada UMNO telah mencapai kesepakatan berhubung tarikh pembubaran Parlimen.

Mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung di ibu negara malam ini menjadi tumpuan ramai pihak kerana menjangkakan isu berkenaan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan turut dimasukkan sebagai satu daripada agenda utama perbincangan.

“Saya datang ke Mesyuarat MKT (UMNO) pada malam ini dengan rasa yang berdebar-debar. Alhamdulillah tidak lagi berdebar debar. Beres,” kata Puad.

Mesyuarat MKT UMNO yang dipercayai bagi membincangkan berkenaan PRU-15 bermula kira-kira pukul 9 malam ini di Menara Dato Onn.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selain dihadiri Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presiden termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mohamad menerusi hantaran di akaun Facebooknya petang tadi memaklumkan, pertemuan “Top 5” UMNO sebelum Mesyuarat MKT UMNO berjalan dengan baik dan berjaya mencapai kesepakatan untuk kebaikan parti bergerak ke hadapan. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR