fbpx

Tukang besi buat senapang angin melalui YouTube ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusri (kiri) bercakap pada sidang akhbar mengenai kejayaan Op Tapis Khas. di Bilik Media IPK Perak, Ipoh hari ini. FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Seorang lelaki ditahan bersama tiga laras senapang angin buatan sendiri dan sepucuk pistol tiruan dalam serbuan Op Tapis Khas di sebuah rumah di Taman Mewah Jaya di Sitiawan pada Isnin lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, serbuan pada pukul 12.30 tengah malam itu turut merampas satu balang gas yang diubah suai, satu pasang gari bersama sarung dan dua anak kunci gari.

Katanya, turut ditemui di rumah suspek berusia 39 tahun itu sebungkus plastik lutsinar mengandungi dadah dipercayai jenis Methamphetamine seberat 6.34 gram bernilai RM350.

“Berdasarkan soal siasat, lelaki terbabit memberitahu bahawa senapang angin yang dirampas itu buatannya sendiri.

“Dia juga mengaku minat dan belajar cara-cara membuat senjata itu sejak sebulan lalu melalui YouTube. Senjata itu dikatakan digunakan suspek untuk kegunaan sendiri,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah selain mempunyai satu rekod kesalahan lampau bersabit kes narkotik.

“Suspek direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 22 tahun bersama beg sekolah yang berisi 10 bungkusan plastik mengandungi 4.5 kilogram (kg) dadah jenis heroin pada Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI