fbpx

Suami maut jatuh ke dalam gaung ketika bertengkar dengan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN itu jatuh dari tebing bukit ketika bertengkar sesama mereka. – Newsflash

ANKARA – Seorang lelaki di Turkiye terkorban selepas terjatuh dari tebing sebuah bukit ketika bertengkar dengan isterinya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pasangan itu dilaporkan sedang bersiar-siar di kawasan sebuah bukit yang terletak di luar bandar Bursa, timur laut Turkiye.

Ketika bertengkar, pasangan itu dilaporkan terjatuh daripada ketinggian 40 meter kerana tidak menyedari kewujudan tebing tersebut, lapor pihak berkuasa tempatan.

Ali G., 35, meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya. Isterinya, Arzu G., 32, dilaporkan terselamat, namun cedera parah.

Arzu didakwa berjaya menahan beberapa kenderaan yang melalui kawasan itu selepas keluar ke sebatang jalan berhampiran lokasi kejadian. 

Akibat cedera parah, dia dibawa ke hospital oleh seorang pemandu bas.

Pendakwa raya negeri telah mengarahkan agar mayat lelaki itu untuk dibedah siasat. Siasatan mengenai kejadian itu sedang dijalankan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI