fbpx

Nikmati menu bufet stimbot Pak John di AEON Mall

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANUAR (dua dari kiri, berdiri) bersama kakitangan Pak John di cawangan terbaharu AEON Mall baru-baru ini.

SHAH ALAM – Pak John BBQ, Dim Sum dan Stemboat (Pak John) yang sedang aktif meluaskan rangkaiannya telah membuka cawangan terbaharunya di pusat beli-belah AEON (AEON Mall) dengan menawarkan pengalaman menarik dan unik buat para peminatnya.

Pengurus Cawangan, Kajian dan Pembangunan Pak John, Anuar Medah berkata, sambutan yang diterima daripada pelanggan di Shah Alam dan kawasan sekitarnya amat menggalakkan kerana kedudukan lokasinya yang strategik dengan menawarkan menu bufet stimbot yang enak bersesuaian untuk dimakan bersama keluarga serta teman-teman.

Menurut beliau, restoran yang boleh menempatkan sehingga 180 orang dalam satu-satu masa itu menawarkan menu bufet stimbot pada harga serendah RM53.90 untuk set dewasa hingga RM73.90 manakala harga bermula RM31.90 (untuk kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun) hingga RM38.90.

Terdapat juga set untuk pelajar, warga emas dan orang kelainan upaya pada harga tawaran serendah RM44.90 hingga RM63.90.

“Pilihan bufet stimbot yang disediakan terdiri daripada 110 menu termasuk 18 jenis sos mengikut cita rasa pelanggan dengan 10 daripada sos ber­kenaan adalah hasil resipi syarikat ini.

“Menu ini melibatkan segmen pembuka selera, bahan untuk gril dan stimbot serta juga dim sum di samping pemanis mulut selain air minuman yang mana ia bersesuaian untuk semua pelanggan tidak kira pelbagai peringkat umur,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan terbaharu Pak John di sini baru-baru ini.

Anuar menerangkan, cawangan baharu ini bukan sahaja dapat memenuhi kehendak individu dan berkeluarga tetapi juga bersesuaian untuk dijadikan lokasi penganjuran majlis korporat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI