fbpx

Tempah Pak John Steambot & BBQ secara online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Buntu memilih menu menarik untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan serumah sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)?

Pak John Steambot & BBQ (Pak John) mungkin ada penyelesaiannya, dengan menyediakan menu lazat dan menarik hanya dengan membuat tempahan secara online.

Pengarah Urusannya, CS Chong berkata, pelanggan kini boleh menikmati hidangan stimbot dengan pilihan menu seperti ayam, daging lembu dan kam­bing pada harga bermula RM10 hingga RM159 bagi set kombo.

Menurut beliau, pengenalan menu yang disediakan itu akan membolehkan pelanggan berasa lebih selesa duduk di rumah sambil menikmati hidangan kegemaran masing-masing bagi mengelak penularan kes virus Covid-19 yang makin meningkatkan ketika ini.

“Kami turut memperkenalkan menu seperti nasi goreng pelbagai cita rasa, mi udon, nasi ayam, bihun goreng dan aneka sup,” katanya dalam satu ke­nyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Selain itu, bagi mereka yang berminat untuk menikmati hidangan di restoran, syarikat memiliki dua buah cawangan iaitu di eCurve Damansara dan di IOI City Mall, Putrajaya.

Chong menambah, restoran Pak John beroperasi seperti biasa sepanjang PKPB dari pukul 11 pagi sampai 10 malam.

Namun katanya, pelanggan dihadkan seramai 50 orang pada satu satu masa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI