fbpx

Mayat lelaki ditemui terapung di perairan Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM mengangkat mayat lelaki tanpa identiti yang ditemui terapung berhampiran perairan Pulau Pasir, Langkawi pada pagi tadi

LANGKAWI – Satu mayat lelaki tanpa identiti ditemui dalam keadaan terapung berhampiran kawasan aktiviti pelancongan paya bakau di sini, hari ini.

Mayat mangsa ditemui di kedudukan 0.6 batu nautika timur Tanjung Kemarong berhampiran perairan Pulau Pasir di sini pada pukul 11.45 pagi tadi.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata,
Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis menerima panggilan mengenai penemuan mayat tersebut daripada orang awam.

“Mayat itu ditemui bot penumpang semasa melakukan aktiviti menyusuri paya bakau di perairan ini.

“Sebuah bot ronda APMM yang sedang dalam rutin rondaan digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kata beliau, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menghubungi Balai Polis Langkawi di talian 04-466 6222. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI