fbpx

Luis Figo pamer skil main bola sepak dalam ruang sifar graviti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN pemain profesional tersebut bergambar ketika mendapat pengiktirafan Guinness World Records. -YouTube

LISBON – Legenda bola sepak Portugal, Luis Figo bersama sepasukan pemain antarabangsa lain menguji kemahiran mereka dalam keadaan sifar graviti bagi mencipta rekod dunia, Guinness World Records dalam permainan bola sepak beraltitud tinggi, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Percubaan rekod itu menyaksikan Figo dan para pemain bola dari seluruh dunia menaiki sebuah pesawat khas yang dilengkapi sebuah ‘padang’ bola sepak. 

Penerbangan itu mensimulasikan ruang graviti sifar untuk permainan bola sepak pada ketinggian 6,166 meter di udara.

Percubaan mereka secara rasmi memecahkan rekod dunia untuk permainan bola sepak pada altitud paling tinggi dalam penerbangan sifar graviti.

“Bola sepak melangkaui sempadan dan menyatukan orang di seluruh dunia. Saya telah bermain di stadium di mana suasana riuh mencetuskan emosi merentasi budaya dan bangsa.

“Ini adalah pengalaman pertama saya yang indah apabila bermain pada ketinggian 6,166 meter di udara bersama sekumpulan pemain bola sepak yang berani membawa minat sukan mereka ke tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini,” kata Figo. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI